Keluarga Mawaddah Wa Rahmah

Laman Web Peribadi Fauzul & Nurul


Kenali kecerdasan dan potensi anak kita

Pada masa sekarang pelbagai maklumat mudah diperloleh. Kemahiran keibubapaan juga dapat dipelajari daripada pelbagai laman web, buku dan pelbagai bahan bacaan lain. Tetapi kadang-kadang terlalu banyak maklumat juga boleh mengelirukan andainya ia tidak distruktur dan difahami dengan baik.

Kita tahu yang kita perlu faham anak-anak. Kita perlu kenali apa kelebihan dan potensi anak. Cuma kadang-kadang kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan bagi mengenali diri dan potensi anak.

Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara buku terbaru terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Sekarang aku sedang finalkan kulit dengan graphic artist, itu sebabnya tak upload kulit di sini. Buku ini ditulis khusus untuk para guru bagi mengenali potensi setiap pelajarnya dengan mengaplikasikan teori keecrdasan pelbagai. Penulis melampirkan cara bagaimana hendak mengaplikasikannya, borang-borang berkaitan dalam membantu mengenali kecerdasan anak atau pelajar dan 50 aktiviti menarik bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebenarnya buku ini bukan sahaja untuk guru, ia sangat sesuai untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak sendiri. Mahu mengenali potensi dan kecerdasan anak-anak? Dapatkan buku ini, baca, fahami dan aplikasikan ilmunya. Insyaallah dapat membantu ibu bapa dalam menjalani tanggungjawab sebagai pendidik anak-anak dengan berkesan.

Apabila kita sudah mengenali kecerdasan mereka dengan baik dan betul, kita dapat membimbing mereka menetapkan matlamat dan cita-cita hidup.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Salam Aidilfirti . . . Alhamdulillah murah rezeki

Alhamdulillah, itulah ucapan yang patut keluar tatkala diberikan rezeki olehNya dengan mengandung lagi. Dengan izinNya kali ini aku mengandung normal sebab aku tak mangalami sakit perut seperti yang lepas.

Seperti ’sekala’ pada trimester pertama ni aku mabuk. Memang tidak tahan hendak melalui hari-hari ini.  Lambatnya masa berlalu. Letih, hilang selera makan, makan nasi sambil menitis air mata, pedih perut, nak termuntah, semuanya bau busuk . . . Tuhan saja yang tahu. Sesungguhnya benar kata-kata Allah yang Maha Agong.

Surah Luqman

31:14 “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”

Surah Al-Ahqaf,

46:15 “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”".”
Nak minta maaf buat suami dan mentua kerana keadaan aku ni banyak menyusahkan semua orang. Mananya tidak, asyik terdampar atas katil. Mujur ada suami yang dapat membantu melakukan kerja-kerja rumah. Cuma dia tak dapat bantu buat kerja pejabat je. Kali ni aku rasa macam kena mabuk komputer pulak. Mengadap skrin sekejap sudah rasa meloya nak termuntah. Kalau macam ni harulah aku. Macam mana nak kejar production ni? huhuhu…. sabo ye… tabah sikit.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Perkembangan Yang Menarik

Lama betul, lama sungguh aku tidak mengemaskini ruangan aku di sini. Selama ini aku banyak menfokuskan kepada beberapa laman lain, kepada yang ingin tengok apa yang aku tulis. Boleh kunjungi laman-laman berikut :

  • www.mentorpenulis.com
  • www.akademipenulis.com
  • www.fauzulnaim.com
  • www.skriphidup.com
  • www.penerbitbuku.com

Semua ini adalah laman-laman web ini milik aku dan bisnes aku. Itu yang agak sibuk sikit.

Walaubagaimanapun aku nak berkongsi sesuatu yang menarik. Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku ‘tangkap’ satu kamera DSLR. Semalam dengan bantuan beberapa rakan dari PTS, aku ke Plaza Pudu untuk mencari sebuah kamera DSLR.

Selepas sedikit pertanyaan dan survei, aku membuat keputusan untuk menangkap sebiji Nikon D80. Di bawah aku kongsikan gambarnya

353_25412_d80_front.jpg

Ini sama dengan kamera PTS. Walaubagaimanapun bukanlah baru. Aku beli yang 2nd hand. Itupun sama dengan lebih separuh gaji aku. Walauapapun aku berpuas hati. Ditambah dengan lens TAMRON baru, kira OKlah sebagai DSLR pertama.

Di bawah ini sedikit gambar Nikon D80

Hasil Nukilan :

Fauzul Naim Ishak
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
fauzul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

‘Hijab Sang Pencinta’ - Ramlee Awang Murshid

Bersyukur kerana diberi peluang Allah Ta’ala menghabiskan bacaan buku Hijab Sang Pencinta, pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Sehari juga mahu menyudahkannya. Sambil-sambil mengurus kerja rumah dan melayani anak pada hujung minggu, aku mencuri-curi ruang membaca novel ini.

Sepanjang menelusuri novel itu, aku tidak henti-henti mengagumi bakat yang dianugerahkan Allah kepada penulis novel yang seorang ini. Gaya bahasa dan garapan ceritanya cukup mempesona membuatkan 500 halaman novel itu aku rasakan belum cukup puas.Sesiapa yang mengikuti dan membaca trilogi ini, pasti tertawan dengan hero ceritanya, Laksmana Sunan. Di dalam hati kecil tertanya juga, ada ke manusia seperti ini sekarang? Baik ya’amat. Jawapannya hanya Dia yang tahu.

Namun apa yang lebih penting pengajaran dan iktibar yang diperoleh seusai membacanya. Watak hero itu dapat memberikan insprirasi kepada pembaca supaya berusaha menjadi hambanya yang patuh dan taat kepada Sang Pencipta. Dalam kehidupan harian kita banyak-banyak ingatkan Allah. Apabila bertemu dengan ujian dan dugaan, sentiasa tabah dan bertawakal kepadanya. Tiada kuasa lain yang lebih kuat berbandingNya. Dia yang mencipta segalanya termasuk syaitan dan thaghut laknatullah. Kemenangan akhirnya akan berpihak kepada yang benar.

Apa lagi, cepat dapatkan Hijab Sang Pencinta di www.e-kedai.net.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Gembira

Selamat Hari Jadi aku . . . hehehe ucap untuk diri sendiri . Seronok masa 1 Ogos hari tu, pagi-pagi lagi ada kejutan, seorang lelaki berbangsa cina bawa sejambak bunga ros merah dan diserahkan kepada aku di depan pintu pejabat. Cina tu peminat aku hehehe. Tak dak lah. Lawak saja. Sebenaqnya suamiku tercinta yang buat kejutan tu. Suka sangat. Ermm memang agak terkejut sebab lama sudah tidak dapat bunga dari suami. Kali pertama 6 tahun lalu masa konvo di USM. Bukan tak dapat bunga dari suami bermakna suami kedekut. Sebenarnya suamiku pemurah (puji sikit tak pa la kan. Abang ati nak perfume dan bedak muka tu hehehe). Banyak benda lain yang diberinya. Cuma kali ini dia rasa nak bagi bunga kot. Langkah bijak suami dalam usaha menyemarakkan kasih antara suami isteri, bagus tu.

nurulpegangbunga2.jpg

Sepanjang hari menerima ucapan-ucapan dan doa dari kawan-kawan, saudara mara termasuk mama-mamaku membuatkan hari jadiku lebih bermakna. Petang pula, adik aku Dihah dengan murah hati memberikan aku hadiah sebuah beg tangan. Sanggup pula datang mencari aku di pejabat dan menapak naik ke tingkat atas ni semata-mata hendak berikan hadiah kepada aku. Terima kasih 10x. Semoga kenduri hang nanti berjalan lancar dan berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Kalau tidak kerana ada orang buat kenduri di pejabat tengah hari tu, dapatlah aku ajak Dihah belanja aku. Tak pa, nanti lepas dia kawin kita serbu suruh dia belanja. Malam pula ada majlis makan malam Pesta Buku Selangor. Alhamdulillah, murah rezeki aku suami isteri pada hari istimewa aku ni. Siang ada orang belanja, malam pun ada dinner. Tambah istimewa apabila aku mendapat hadiah cabutan bertuah malam itu. Dapat oven, hehehe alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana menghiburkan hati aku pada hari itu.

Sejak kebelakangan ini ada beberapa kawan lama yang cuba menghubungi aku semula. Inipun membuatkan aku berasa seronok sangat. Tandanya diri kita masih diingati. Mula-mula tu Ija atau Azniza Mohd. Radzi x-roommate aku kat MRSM PC. Dia tinggal komen di shout box sini. Kemudian Jashida Jaafar, tinggal pesanan di friendster. Kawan karib masa di matriks USM di KMK. Kemudian Zahirah kawan karib aku semasa di bangku sekolah rendah dulu, hubungi aku melalui SMS. Itulah hikmahnya meletakkan nombor hp pada kad jemputan kenduri. Aku teringin sangat hendak jumpa hampa semua. Tapi bila ye? tungguuuu akan tiba masanya nanti . . . InsyaAllah.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Memilih Tadika

Ada seorang pembaca blog ini iaitu Puan Juhana bertanya dalam komen artikel ‘Nu’aim bersukaneka’ yang lepas, “Bagus tak Tadika Tunas Ilmu?” Tadika Tunas Ilmu adalah tadika Nu’aim. Sebenarnya bagus atau tidak bergantung pada beberapa faktor. Antaranya, lokasi tadika, nisbah tenaga pengajar kepada murid-murid tadika, ruang pembelajaran, kemudahan yang disediakan, kemahiran guru dan sebagainya. Satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian dalam memilih tadika kepada anak kesayangan kita adalah kurikulumnya. Kurikulum setiap tadika berbeza. Ada tadika yang menggunakan pendekatan mengajar dalam bahasa Melayu, ada yang menggunakan bahasa Inggeris. Ada juga tadika yang hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa dan jawi sebaliknya tidak begitu memberi penekanan perihal pendidikan Islam termasuk fikah, akidah, ibadah dan sebagainya.
Oleh itu tanya pada diri kita sebagai ibu bapa, apakah perkara yang hendak diajar dan ditekankan dalam kehidupan anak kita supaya tadika yang dipilih sesuai dengan kehendak dan matlamat dalam membesarkan si permata hati kita.

Berbalik kepada Tadika Tunas Ilmu. (Promo sikit pasal tadikan ni, hehe… untung Puan Norehan dapat promo free). Pada saya tadika ini bagus kerana apa yang didedahkan dan diajarkan kepada anak saya adalah perkara-perkara yang saya mahu. Pertama kali saya mendengar Nu’aim membaca doa lepas sembahyang dengan betul dan lancar membuatkan hati saya berasa terharu dan gembira. Kalau anak kita lima tahun tahu membaca doa meminta keampunan untuk ibu dan ayah, tentu kita gembira bukan. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkembangan positif yang berlaku selepas 7 bulan dia di tadika Tunas Ilmu. Kalau dahulu sebelum tidur ibu hanya membaca tiga Qul dan ayatul kursi, tetapi sekarang banyak surah-surah pendek lain yang perlu dibaca atas permintaan Nu’aim kerana di tadika dia diajar menghafal surah-surah ini. Secara tidak langsung sebelum tidur bilik kami didendangkan dengan suara merdu Nu’aim dan ibu membaca surah-surah pendek ini. Sesekali adiknya, Isyraf turut menyampuk membaca suruh-surah ini walaupun tidak berapa pandai.

Seperti ibu bapa lain, kami juga ingin mendedahkan anak kami dengan pengetahuan ilmu-ilmu Islam sebagai bekalan hidupnya selagi hayat ini ada, kerana sudah pasti cabaran kehidupan pada masa hadapan memerlukan iman dan Islam sebagai panduan hidup mereka. Oleh karana tadika Tunas Ilmu memberikan apa yang saya mahu, saya kategorikannya sebagai tadika yang bagus.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Julai berlalu, Ogas menjelang

Bulan ni Julai. Bulan depan dah Ogos. Ogos ni ada 3 peristiwa penting untuk diraikan.  1 Ogos hari jadi aku yang ke . . . ehem ehem . . . lahir tahun 1979. Congak sendiri kalau hendak tahu. Tarikh yang sama dikongsi bersama dengan mentuaku, hari ulang tahun perkahwinan mereka. Kemudian pada 10 Ogos pula, kenduri kahwin En. Arif big bos PTS. 16 Ogos pula kenduri kahwin adik aku,  Dihah.

Bagi kenduri Dihah ni, aku dan abang bercadang sponsor kad jemputan. Alhamdulillah dalam kesibukan bertugas sempat juga menguruskan hal ehwal design kad hingga cetak. Janji dengan mama dan Dihah siap kad tu tengah bulan Julai. Hari ni baru siap, 18 Julai. Ok lah tu. Tahniah kepada abang yang berusaha menguruskannnya daripada memilih designer terbaik untuk kad itu iaitu En. Hisham Salmin hinggalah mendapatkan sebut harga terbaik daripada pencetak. Esok nak hantar ke Sungai Petani guna KTM. Taaadaaaa inilah hasilnya.

Bahagian luar kad . . . Gambar pengantin terbalik hehe. Malas nak pusing imej ni.

Bahagian dalam kad,

Itulah antara sumbangan yang dapat kami berikan sebagai orang jauh ni. Hendak balik kampung jenguk mama selalu nak tolong-tolong siap rumah tak mampu, jadi itulah antara usaha kami membantu mama dan Dihah dalam menjayakan kenduri bulan 8 ni. Kemudian apa lagi yang kami dapat bantu adalah mengedarkan kad-kad ini kepada saudara-mara yang ada di sekitar Lembah Kelang ni. Mama dan abang kandung aku, En. Nor Helmy akan mengedarkan kad-kad di zon utara sana nu.

Aku dan abang juga bercadang hendak ambil cuti panjang sikit sempena kenduri ni. Dapat balik awal, bermakna dapatlah bantu buat apa-apa yang perlu di kampung. Mama aku kan single mother, banyak benda yang dia kena fikir. Kalau dia tidak berkongsi dengan anak-anak dia segala tugasan bagi melaksanakan kenduri ni, hendak kongsi dengan siapa lagi.

Nama adik ipar aku merangkap biras abang adalah Yussri. Saja nak buat pengumuman.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Perlawanan futsal wanita PTS

Editorial 7, Batu Caves 6.

futsalwanita.jpg

Begitulah keputusannya. Kat atas tu gambar team editorial. Semua baju merah. Aku sahaja baju biru. Aku bukan striker, aku bukan penjaga gol dan yang sebenarnya aku tidak bermain. Duduk tepi padang catat markah. Ikutkan hati memang teringin nak bermain, rindu sangat. Sudah setahun lebih tak main futsal, tak melompat-lompat, tak berlari-lari. Tiba musim futsal tahun ni terpaksa pula berpantang, sebab baru 3 minggu. Walaupun geng-geng perempuan ni pada mulanya nampak tidak berapa semangat hendak bermain futsal. Tapi bila dah turun padang dapat bola sebiji, pakat pulun juga nak skor. Ok lah tu.

Kelakar jugak tengok budak-budak pompuan main futsal. Macam-macam gaya. Mujur En Fauzul suka rela jadi pengadil. Kalau tak aku rasa semuanya main belasah sepak je, tak de undang-undang sebab semuanya tak berapa reti undang-undang futsal. Kalu reti pun sikit-sikit ja.

Nanti hujung Julai lawan bowling pula. Yang itu insyaallah dapatlah aku bermain.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Pertandingan Mewarna

Ibu tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Sebenarnya ibu stress dengan kerja-kerja pejabat sekarang ni. Huru hara. Tetapi ibu tidak suka web ini penuh keluh kesah. Ibu tidak suka berkeluh kesah di sini. Berkeluh kesah itu kan tidak bagus. Kalau ibu hendak berkeluh kesah pun tidak perlu di sini, berkeluh kesahlah dengan orang yang betul, supaya perkara yang sedang bersimpul itu dapat dirungkai perlahan-lahan dan akhirnya kembali pulih. Gambar di atas sengaja diletakkan di sini. Saja suka tengok muka anak-anak sendiri, tidak puas kot tengok wajah anak-anak ibu hari-hari.

Hujung minggu lepas bawa Nuaim sertai pertandingan mewarna. Isyaf tinggal dengan maktok. Kesian Isyraf cirit-birit. Lama pula tu hingga sakit bontot. pasal pertandingan mewarna, asalnya ibu sendiri tidak yakin hendak bawa Nuaim sertai pertandingan itu. Sebab ibu tahu apa yang anak ibu suka, apa yang dia tidak suka. Tetapi dek kerana cikgu Ana cadangkan ibu bawa, katanya kadang-kadang Nuaim warna cantik juga, ibu pun terus bersetuju memberikan nama Nuaim sebagai peserta pertandingan mewarna.

Apa yang bisanya berlaku di rumah, apabila ibu minta Nuaim mewarna, dia tidak pernah menunjukkan reaksi yang bersungguh-sungguh hendak mewarna. Warna sedikit, terus tinggalkan. Dia lebih suka membaca, buat aktiviti matematik dalam buku atau internet, baca al-barqy dan lain-lain selain daripada mewarna dan melukis.

Tetapi niat ibu menyertai pertandingan mewarna pun kerana hendak mendedahkan Nuaim dengan pertandingan. paling tidak dia tahu pertandingan itu melibatkan tempoh yang ditetapkan, mula apabila disuruh dan berhenti apabila diminta, ada hadiah dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada hari pertandingan itu? Mula mewarna jam 8.30 pagi, jam 9.30 semua peserta perlu hantar hasil kerja. Nu’aim sudah bersedia dengan gambar istana yang perlu diwarnakan dan sekotak pensel warna. Lihat kiri kanan, depan belakang ramai sungguh peserta. Pertandingan mewarna bermula kemudian ibu letakkan jam telefon bimbit di sebelah Nu’aim supaya dia tahu masa sedang bergerak. Mula-mula memang semangat. Baru 15 minit berlalu, Nu’aim menguap buat kali pertama. Petanda dia sudah mula bosan. Baru 1/4 bahagian gambar siap diwarnakan. Ibu sudah bersedia kalau-kalau dia tidak mahu menyudahkan tugasan mewarna itu. Pada mula tadi dia rancak mewarna, kini selepas 20 minit berlalu, dia mula menampakkan reaksi malas hendak mewarna. Tidak silap apa yang ibu jangkakan, “Ibu lama sangatlah masa nak habis. Biarlah tak dapat hadiah pun,” Nuaim bersuara dengan matanya diredupkan dan wajahnya menunjukkan dia bosan. Ibu terus memberikan kata-kata semangat supaya dia terus mewarna dan sekurang-kurangnya dia menghabiskan tugasan itu, walaupun tidak secantik mana. Dalam hal seni lukis ni, ibu tahu ibu pun tidak ada darah seni, ayah juga sama. Tidak pelik kalau Nuaim pun begitu. Ayah ibu borek, anak rintik. Hehehe.

Akhirnya siap juga mewarna, terus hantar. Kemudian Nuaim tertinjau-tinjau mencari kawannya, Akmal. Apa lagi bila jumpa Akmal, terus main kejar-kejar. Itu lebih seronok daripada mewarna. Keputusan diumumkan, semua peserta yang mendapat tempat kelapan dan ke atas mendapat hadiah saguhati, termasuklah Nuaim. Tahniah! anakku kerana berjaya habiskan tugasan mewarna.

Pasal Isyraf, sekarang apa yang abang buat semua dia tiru. Tingkah laku yang tidak berapa disukai pun dia akan tiru. Tingkah laku jenis ini selalunya Nuaim bawa balik dari Tadika. Biasalah budak-budak. Apabila dah mula bergaul, macam-macam benda dia dapat. Bawa balik rumah, adik pula meniru. Antara benda yang Isyraf paling suka, kereta mainan. Kalau hendak bagi dia main sorang-sorang, berikan dia kereta. Dia suka sangat. Sangat bertentangan dengan abangnya. Kedua-duanya suka melawak, lepas tu bergaduh pula. Bab inilah yang ibu tak suka. Abang mengadu adik buat itu ini. Adik pula menangis sebab kena cubit dengan abang. Silap hari bulan tangan ibu pula sampai pada siapa-siapa yang banyak buat hal. Huhu fenin. Walau bagaimanapun, dengan adanya permata hati ini, rumah kami selalu ceria dan gegak gempita. Kalau tidak tentu sunyi bengang.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga

Ingatan buat diriku

Berada di atas katil di hospital sambil tangan sedang dicucuk-cucuk jarum oleh jururawat bagi mencari venaku yang halus cukup merimaskan dan menyesakkan dada. Kehadiran pakar yang baik, mesra dan lemah lembut bersoal-jawab dan memeriksa aku mengurangkan takanan yang di hadapi. Perut aku yang semakin sakit dan badan aku yang terasa semakin lemah dapat ditahan dengan kekuatan yang diberi oleh Allah. Sebaik disahkan mengandung luar rahim mulut dan hati aku tak henti-henti berzikir, ingat padaNya. Semuanya berlaku dengan kehendakNya. Yassir wala tu’asir rabbi tammim bilkhair. Itulah yang aku sebut-sebutkan supaya segala proses rawatan berlaku dengan mudah dan berakhir dengan baik. Ubat gastrik dan kemudiannya ubat usus yang aku ambil rupanya bukan rawatan dan penawar yang betul bagi penyakit sebenarnya. Selepas didiagnos sakit usus, mungkin apendiks pula dan aku nyaris-nyaris sudah hendak dibedah disebabkan kes aendiks. Ini berlaku gara-gara aku sendiri tidak menyedari diri aku mengandung. Teruk sekali! Kalau sudah ‘berdarah’ tiap-tiap bulan bagaimana aku hendak menyangka aku mengandung. Rupa-rupanya darah kali ini bukan darah biasa yang aku alami.

Jadi sebagai ingatan aku dan wanita serta ibu-ibu di luar sana selalulah lakukan pemeriksaan bagi mengesah kehamilan, walaupun anda ‘berdarah’ tiap-tiap bulan. Terutama mereka yang berhenti mengambil sebarang jenis kaedah kontraseptif. Apa? Apa itu kaedah kontraseptif? Nama glamournya kaedah merancang.  Kemudian selepas kita pasti kita hamil, pastikan diri kita sihat. Kalau ada mabuk, muntah-muntah, pening-pening itu perkara biasa. Tetapi andainya badan kita mula bersuara dengan menzahirkan rasa-rasa sakit yang amat sangat pada bahagian kiri, kanan ataupun keseluruhan perut segeralah berjumpa doktor bagi memastikan kedudukan kandungan anda berada di mana. Tambahan pula kalau ada darah keluar tidak berhenti-henti tidak kira banyak ataupun sedikit. Selepas menjalani ujian ultrasound atau nama glamournya scan, biasanya kita dapat tahu di mana kedudukan kandungan itu berada. Kalau tiada dalam uterus, doktor tahu apa dia hendak buat. Dalam kes saya didiagnos sebagai right ruptured tubal pregnancy rasa sakitnya bukan sahaja pada bahagian perut tetapi hingga ke bahagian bahu.

Tujuan saya menceritakan hal ini bukanlah niat hendak ‘menjual’ pengalaman yang tidak seberapa ini, tetapi sebenarnya hendak berkongsi ilmu yang sedikit yang baru saya pelajari ini. Ilmu yang diperoleh melalui pengalaman memang menyakitkan, tetapi pangajarannya cukup bererti.

Sebenarnya sepanjang saya menahan sakit selama 2 minggu itu saya turut menggoogle informasi daripada internet. Apa tidaknya kosentrasi kerja pun sudah terganggu gara-gara sakit perut yang tidak terkata. Mana tahu kalau-kalau terjumpa sebarang informasi berkaitan sakit perut yang tidak reda-reda ini. Tetapi langsung tidak terbaca perihal kehamilan luar rahim atau etopic pregnancy. Jadi andainya ada wanita-wanita sejenis saya yang sakit perut tidak reda-reda selepas mengambil ubat, kemudian mencari maklumat melalui internet nanti, mungkin maklumat ini dapat membantunya. Jangan dibiarkannya kerana ia akan mengancam nyawa kita. Kemungkinan setiap wanita mengalaminya adalah 1%. Kemungkinan mereka yang pernah mengalaminya dan akan mengalaimya lagi sebanyak 10-15%.   Sedarlah. Walau bagaimanapun aku tetap mahu mengandung lagi andai diizinNya. Cuba lagi! Jangan Serik! Cuma tangguh dahulu. Terima kasih Tuhan kerana mengembalikan nikmat sihat kepada diri hambamu ini.

Hasil Nukilan :

Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Bersama Raudhatunnaim.Com
nurul@bookpro.my
Rumah Yang Baik Adalah Sebahagian daripada Taman-taman Syurga